Sunday, September 4, 2011

Back to Selangor again!

Dah selamat sampai di Damansara. Alhamdulillah... 

Ramai dah call dan tanya aku bila nak start meniaga lepas raya ni. Hehe.. Lusa kot! (korang kira sendiri la hari apa). Bukan taknak bukak awal2 tapi tahu jer lah budak keje 2 orang x sampai lagi. Cammano?
Sabar yer semua.... Mak enon korang ni nak rilek lagi sehari. Kalau dah start nanti, raya tahun depan la plak cutinyer!



Saturday, September 3, 2011

Cause lately i've been tired and uninspired!

The title is the reason why am i not updating my blog.. Aku selalu singgah di sini dan juga selalu jalan2 kat blog2 teman lain tapi still... tak update.... Mungkin letih sebenarnya aku ni...


Hari ni dh raya ke-5. Raya tahun ni macam tahun lepas.. Biasa2 jer. Mungkin sebab umur dah tua so takder aper sangat nak dirayakan. Dah tua dah aku ni.. Getting older and older.... But ranking kehidupan masih di takuk lama! ... Usaha ada tapi mungkin x 100%. Aku perlu lebih berusaha untuk terus kekalkan dan majukan diri dan hidup aku ni. Anyway.. i am wishing you a Happy Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin..


Paling baru dari aku... tiru gaya Belatuk... hahhah... Gitarist belakang aku tu sepupu aku.. Aiman aka Bemang aka Pro Photographer aka Gitarist....Cermin mata tu thanks to adik Aiman = Amira. Background pun di rumah aiman... 


Ni koya jadi kanak2 ribena main bunga api. Aik bukan dah haram ker bunga api tu... Ada jer!!! Heheheh....


Rumah terbuka rumah ayah yie... Nasi Dagang terBAIK!!


Selepas makan!


Oklah.. Tu jer... Salam Sejahtera buat semua!!

Sampai jumpalagi!

Tuesday, March 29, 2011

Khayal, Curi, Pukul

Nak story pasal sorang staff aku (Siamese). Budak ni khayal pil gila. Dalam keadaan khayal dan x sedar dia menyelongkar semua barang di rumah even almari pun dikopaknya. Mula2 ilang barang murah x lama kendian makin mahal barang yang ilang. Last2 skali my other staff dah ilang sabar. Di belasahnya budak ni ssampai lembik. Memang patut kena pun rasa aku sebab sapa suruh khayal. Aku pun hantar dia balik... hahahha... malas aku layan....

Thursday, March 17, 2011

2011

Since the last post, aku tak update. Its my fault. Terlalu busy dengan urusan-urusan lain. Tambah dengan dugaan yang betul2 menduga kesabaran aku. Again, forgive me for that.

1st of all i want to wish my sister yang skang ni further study kat UK. HAPPY BIRTHDAY, SIS. I miss u a lot here. Since u been there, i am missing a shoulder to cry on. U r needed here for me. So please hurry back after u done ure study there. OK. Love u so much.

Dugaan terlalu banyak untuk aku tempuhi tahun 2011 ni. Semoga dugaan ini cepat berakhir. InsyaAllah...

Wednesday, October 20, 2010

Hang try kencing aku noh!

Kisah tentang Si-Penipu-Besar (bukan nama sebenar)... jap lagi kalau aku rasa aku ni kurang hati perut aku reveal nama dia.

Dua hari lepas aku terima call dari mak Si-Penipu-Besar. Katanya nak pinjam seribu. Aiyak, manyak tuh. Katanya ada masalah besar nak kena settle urgent.

Iklan => 1. Si-Penipu-Besar ni ex-staff aka member si gondrong.
              2. Tak sangka mak Si-Penipu-Besar bersekongkol ngan anak dia dalam cerita ini.
              3. Si-Penipu-Besar bukan anak tunggal dia ada abang dan adik yang bekerja.
              4. Cerita mak dia sakit dah settle masa dia keje ngan aku. Siap operation cuma kalau nak pakai duit                          
                  pun untuk ubat dalam RM2-3ratus.

Keesokan hari nya dia call Gondrong-Pengarang-Jantung mintak lagi RM3ratus. Gondrong-Pengarang-Jantung dah menggeliat2 nak kasi pinjam sebab mak dia nangis konon sakit sangat dah. Aku kata sabar 2-3 hari tengok cerita apa pulak timbul.

Keesokannya, Si-Cermin-Mata cakap kat aku dia ada kasi duit dengan Si-Penipu-Besar RM2ratus. Si-Cermin-Mata cakap dia mintak RM3ratus tapi RM2ratus jer ada. Kata Si-Cermin-Mata lagi mak dia nangis2 cakap sakit sangat tapi storyboard dia lain skit dengn storyboard Gondrong-Pengarang-Jantung.

Iklan=> Storyboard 1 - Mak Si-Penipu-Besar cakap ngan Gondrong-Pengarang-Jantung kononnya nak
                                     pakai duit nak gi hospital. Siap teriak tangis sakit neh.
             Storyboard 2 - Mak S-P-B ni cakap ngan Si-Cermin-Mata kononnya nak pakai duit beli ubat je.
                                     Operation semua dah settle.
             Otak aku cakap kalau gi Spital Kerajaan takdernya sampai ratus-ratus nak amik ubat der.
             (Story board dgn aku lain)

Lepas aku bersembang dengan Si-Cermin-Mata, Si-Ice-Atlas menyampuk. Kata dia mak S-P-B pun ada call dia mintak nak pinjam duit RM 3ribu. Hahah lagi banyak. Tapi Si-Ice-Atlas tak kasi sebab 5-6 hari lepas sebelum mintak duit, dia ada call tanya pasal bayar muka kereta. Hahahaha........Kira Si-Ice-Atlas ni bijak la jugak kan.

Alkisah... yang tertipu Si-Cermin-Mata. Nyaris tertipu Gondrong-Pengarang-Jantung. Bijak pandai aku & Si-Ice-Atlas.

Nota: Kepada Si-Penipu-Besar atau nama sebenarnya ...................... (x yah kot)... jangan menipu orang macam ni. Esok2 kalau mak atau bini atau anak sakit nak minta tolong sapa lagi. Kawan2 sendiri pun nak tipu ka. Bawak2 bertobat.

Sekian....