Tuesday, March 30, 2010

repair kereta lagi...

Kepada kawan2 kalau repair jangan sebarang antar la sebab nanti kesian korang kena tipu. Tanya kawan2 yang tahu (yang pakai keta la). Aku sendiri pernah kena tipu dengan satu bengkel (bengkel melayu lak tu). Dulu aku kurang reti pasal keta ni, aku antar la keta sebab nak check kenapa enjin aku sebu dan keluar banyak asap2 putih berkepul (macam orang isap shisha tu). Bengkel cilaka tu kata kena top overhaul.3-4 hari jugak la aku kepatahan kaki sebab kena jalan kaki. Lepas top overhaul tu, pakai keta tu seminggu makin teruk keta aku siap leaking lagi (sebelum tu tak leaking pun). Jadinya aku terpaksa antar keta ke kedai Lenchai plak.

Lenchai ni staff dia 2 orang tapi bikin keta manyak cun punya. Siap dia pantau keje bebudak dia. Dan before dia serahkan keta kepada owner dia sendiri check dan test dulu. Manyak syok oooo ini lenchai. Harga pun tak la semahai dengan bengkel cilaka yang tak pandai tapi buat buat pandai pastu aku tertipu.

Jadi Hari ni ke bengkel lenchai lagi la.(asyik merepair jer sejak 2 menjak ni). Sebenarnya aku pegi check kereta sebab nak balik kg kan. Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Benda2 yang aku tukar ari ni...

ni nama dia alternator (kalau ada yang tak kenal). punya lama aku lepak kat bengkel siap tanya mekanik function dia apa mende. Menda ni dah lama gak tak berapa nak cun. Masa aku top overhaul kat lenchai tu dulu. Tapi dia kata leh pakai lagi. Nanti bebila rasa dah teruk baru tukar. (dah teruk kot). 


ni suis power window. yang ni belah driver. dah rosak ler... 

ni power window motor (untuk pintu belakang dua2 belah).... 


Member aku dulu pun pernah keta tipu. Ada ka zaman skang buat alignment pakai tali. Aku tanya gak ngan lenchai kat kedai pasal ni. Dia kata dulu memang orang pakai tali tapi ada skill. Tak semua orang boleh buat kecuali orang yang betul2 pandai jer. Member aku tu lepas alignment pakai tali (tak tau la dia gi bengkel zaman tok nadok ker?) makin teruk alignment dia. Last2 skali kena antar kat keta zaman skang jugak. hehehhe...

Nota kaki: Kepada abg2 bengkel: Kalau tak tahu cakap jer tak tahu jangan mengaku pandai. Buat jer la yang korang pandai. Nanti menyusahkan orang, maki boleh dapat... Bayangkan kalau hari2 orang maki tak ke dapat dajai nanti.. HUHUHUHUHUH

hehehhe.. lusa balik kampung... tak sabar neh!!

Monday, March 29, 2010

i see dumb people...

Ramai orang ada otak tapi tak guna apatah lagi kalau memang dah takder otak. (semua orang ada otak kot.. pakej ngan kepala tu)

Cakap pasal otak.. aku ada staff sorang yang bakal berenti. Dia ni memang tak cerdik (otak dia 2nd hand kot). Aku ingat lagi masa mula2 datang kl dia tanya Ketakman, "Bos, kalau kambing kat kampung kaki 4. Kalau kat Kl kambing kaki berapa?". Ketakman macam nak pecah perut dengar soklan. Ketakman jawab "Tula, ingat kaki dua kot sebab kambing kampung ngan kambing kl tak sama kan!". Hahahahha!

Bukan tu je insiden2 tak pandai yang dia buat.  Kang aku tulis semua panjang lebar plak. Tapi aku add satu lagi la... Pasal bunga!

Ketakman: Tahu tak bunga kebangsaan malaysia bunga apa?
Bebal: Tak tahu la nama dia, ala yang macam tu.. tu?
Ketakman: Macam mana nak jadi orang Malaysia ni? (sambil2 ketawa terbahak2 sambil tekan2 perut)...

Banyak rupanya menda yang dia tak tahu dan tak alert langsung. Dgn adik beradik pun kena tipu. Mak bapak dah takder tinggalkan harta sikit2 (bapak dia meniaga), yang bagus2 dapat kat abang2 dia, apa dia dapat? Sebijik motosikal jer.

Kadang2 kesian dekat orang macam ni. Takder keyakinan untuk mempertahankan diri sendiri dan takder pengetahuan. Hanya ikut orang jer. Sebelum dia keje ngan aku dulu dia keje di Shell (petrol pump). Masa keje di shell tu dia yang kena buli ngan pendatang2 dari bangladesh tu. Sepatutnya bangladesh tu kena cuci jamban tapi alih2 dia yang cuci.

Aku pun terfikir macam2 dia nak teruskan hidup dia. Minta2 Allah SWT memelihara orang yang macam dia. Skang ni dia nak berenti keje ngan aku. Nak ikut kawan pegi keje kontrak kilang kat kuantan. So apa aku nak kata. Dah nasihat tapi dia tetap nak pegi. Biarlah dia dapatkan pengalaman.

Okla tu jer wat masa ni..

Sunday, March 28, 2010

P1 Max vs Celcom BB....

Dah dekat setahun aku guna p1 max (tak max pun). Kelancaran ok jer kot. Tapi kadang2 tersleeping beauty aku sebab tunggu. (Korang paham la napa tersleep)

Cerita lain dulu........
Satu hari hujan renyai2. Aku dan Ketakman berhenti minum kat Mamak Kayu. Suddenly datang satu brother (berbaju Celcom berseluar yankee berkasut hitam) promote Celcom BB. Daftar dapat moden free.
hati kecikku: bagus neh kalau modem nak beli rabak la 3-4 ratus.


Aku buat muka tak excited. 
Aku: Bulanan berapa dik?
Celcom: RM68 jer kak. Murah jer.
Aku: Betul ker? Kang tiba2 ada hidden cost plak.
Celcom: Takder la kak. Saya jamin kalau ada akak call saya (sambil menulis no phone dia).
bla... bla... bla....

AKHIRNYA.. aku pun mendaftar dan bayar seratusringgitmalaysia.

SELEPAS 2-3 HARI
Aku pun mencuba celcom bb neh. Nak tau apa comparison dengan P1 Max...

P1 Max betul tak max sebab dah la modem gedebak gedebuk (besar), bayar monthly rm 99 tapi tak best langsung. At least CELCOM lebih laju dan aku tak yah nak tertido dpn laptop aku neh......

Nota kaki: Aku tak guna Streamyx (walaupun dia laju gila) sebab aku senang dengan benda yang mobile. Aku senang nak angkut bila aku bermanduran (mandur) di kedai makan aku tu sambil layan internet.

PS: akan ku segera ke bangunan p1 max untuk buat pemotongan. Biarlah aku rugi rm100 (in contract lagi).

.........................

Minat aku yang baru
.......


Hari tu pagi tu (belum subuh lepas closing) aku gi ke pasar macam biasa. Pasar ni ada macam2 ragam manusia tapi ada satu manusia yang buat hati aku tersentuh. Aku ternampak (masa tengah minum ngan Ketakman) ada seorang tua (sangat tua) dengan basikalnya memakai boot menoreh. Basikal tu dia tak naik tapi dia tuntun jer (mungkin dia pun tak terdaya nak kayuh). Kaki dia terhenjut2. Tiba2 dia dan basikal dia terjatuh. Dengan susah payah dia bangun sendiri. Terkial-kial. Kesian dia.

Kenapa dengan usia macam tu dia kena pegi lagi ke pasar. Mana pegi keluarga dia. Takkan takder anak2 yang nak manjaga dia. Oohhh... manusia.. ohh.. zaman...ohhh... metropolitan.. Tersentuh hati aku dan hati aku tiba2 terdetik untuk mengenal manusia. Mengenal kehidupan.

Keesokannya aku bukan lagi sekadar bukak internet layan fb, layan chat.. tapi aku mula mencari2 blog2 penulis yang menulis tentang alam tentang kemanusiaan tentang kehidupan. Fb dah aku bukak sepintas lalu. Dan aku jugak mula mencari2 penulisan tentang kemanusiaan, tentang alam semesta. Aku ingin mendapat pengetahuan dari mereka yg lebih pengalaman. Aku ingin TAHU...

Drastikkah perubahan aku? Terlalu cepatkan..

Ketakman: Za, kenapa skang ni awak tiba2 minat menda macam ni?
Aku: Entah mungkin sebab saya dah makin tua tapi awak tak tua2....
Ketakman: (diam x cakap apa2)

Nota kaki ayam: Ketakman seorang yang x banyak cakap. Dia tak pernah persoalkan apa yang aku buat. Cuma setakat pertanyaan yang dia wonder. Dia tak pernah menyekat keinginan aku (selagi aku tak buat benda x senonoh). Dia sangat memahami cuma aku yang kadang2 x paham dia.......... SAYANG AWAK!!
.............................


Nota kaki dinosor: En wahyudi... thank sebab bagi aku pinjam buku itu. Nanti aku habis baca aku kembali pada kamu ya bah!! 


Nota kaki semut: Sayang semua keluarga, kenalan dan teman2. Korang semua yang mencorak, dan memberi sedikit sebanyak pengalaman tak kira baik atau buruk. Thanks...



Saturday, March 27, 2010

Ketak Man: Kenapa drive slow jer ari ni?
Aku: Jangan kacaula tengah mood nak bawak slow?
Ketak Man: Ermss.. Okaylah... (dia malas nak layan aku sebab dia tau aku emo masa ni)
Aku: Kalau tk sker drive sendiri ah!!

Sebenarnya aku pun tak sure apa mood aku. Kaki malas malas tahap gaban nak tkan pedal (bukan pedal ayam) minyak. So dengan kelajuan yang agak slow 60km/j aku melalak nyanyi lagu Bengang - Mantera (Ketakman diam, pejam mata dan bolayan).

nota kaki kanan: Ketakman nama baru aku bagi untuk My Man (myheart aku la tu).


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>


Janji perlu dituntut atau orang berjanji perlu menunaikan? (En Wahyudi jangan marah ek). Petikan di atas posting aku kat fesbuk dia. Minta dia tunaikan janji cepat2 sebab aku dah tak sabar. Tak sabar nak menggunakan apa yang aku nak pinjam dari dia. (apa aku nak pinjam??) xper bila dah dapat aku tulis entri tentang benda itu...


Jawab En Wahyudi,


Persoalannya: Yudi, napa kau tak jawab kat posting yang atas tu? Kan lebih related (memang relate pun). BUkan ker kalau kat jawab kat posting lain nampak macam terkeluar tajuk? Ingat zaman sekolah wat karangan kuar tajuk. .........
Atau aku yang pening? Layan la... Anyway thanks for answering. huhahuha


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Nak jumpa kawan aku dari sekolah rendah yang dah berbelas tahun tak jumpa? (sesak napas aku menulis). Best kot rasanya jumpa dia. Banyak benda nak kena cerita cerita?
Ok da.. nak gi jumpa dia!! Bye

Friday, March 26, 2010

Memory bersama dia in 2009


AL-FATIHAH.....
Tiba-tiba hari ini aku teringatkan sangat sahabat aku yang telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Sudah beberapa bulan ketiadaan dia namun pemergian secara tiba2 tu buat aku sakit di dalam hati. Persahabatan aku dengan sudah terlalu lama. Kami jarang berjumpa namun setiap pertemuan membicarakan tentang kehidupan. Aku rindukan sahabat aku. Rindukan hilai tawa dan usikan dia. REST IN PEACE.. Semoga dia ditempat dikalangan orang2 yang beriman. AMIN.

KANAK2 RIANG RIA....










Thanks for eveything...

Thursday, March 25, 2010

We (aku ngan dia) nak balik kampung awal bulan April ni. So we are closing for 4 days. Tujuan sebenar one of our friend (more to kawan dia) nak kawin. So i wont go sebab aku tak suka gi kenduri kawin. Aku akan balik ke kampung aku and stay dengan nenek terchenta. Rindu giler ngan nenek ku itu.

Aku ni sebenaqnya cucu pertama. So happy for that. Heheh.. aku terlalu manja ngan nenek aku. Dia siap tanya nanti aku balik nak dia masak apa? kehkeh keh.. of course i do want her to cook for me cause aku rindu ngan kerabu jantung pisang dia... aoiiiyo tak sabar nak balik dah neh....

Wish me luck and wish me for the very safe journey. Bukan dekat kampung aku tu. Mau nonstop drive amik masa sampai 6-7 jam (normal drive la). Teka la mana kampung aku?

Kami akan balik dengan kereta. Tukang bawak keta aku sebab i am the one who can drive with the license. My man (dia) tak bley bawak. Dan 2 penumpang lain (adik dia dan kawannya) pun tak bley jugak. So i am the superwoman. HHAHAHHAHHAH....

Wish me luck kay!!

Chaiyo...
Today i feel CONTENT....

thats all guys....

Tuesday, March 23, 2010

aku dah fed up. fed up dengan perangai manusia manusia yang tak sedar diri. tak tau diuntung. tak kenang jasa. x kenal hati dan budi. and starting from today onwards.. i should IGNORE this kind of manusia. aku tak mungkin akan mengasihi mereka selagi mereka tak mengasihi diri mereka sendiri. I will do what i am supposed to do.


i will not stop giving my helping hand to people that need it but only for the one who REALLY need it. Mereka2 ini perlu ada kesungguhan untuk mendapat pertolongan dari aku dan mempunyai kekuatan juga untuk menolong diri sendiri.. Yerla.. kalau aku jer yang tolong tapi they wont help themselves maknanya dorang akan terus hidup dalam pertolongan tapi ada apa2 perkembangan atau pencapaian yang lebih baik...

..................................................................................................................................................................

Malam ni aku melarikan diri seketika manusia2 di kedai aku tu. Let my man take care of the business for  couple of days. Let me rest my mind... Kat mana aku lari?.. Tak jauh BDR BARU BANGI jer. KEbetulan my father is here.. together with my sisters.. so i lepaking with them.

Aku ni lari sehelai sepinggang.. jadi aku risau what am i going to wear for tonight. Its getting late.. semua shopping place dah tutup. So aku pusing2 area bandar baru bangi.... Nak tau aku jumpa kedai apa....??? Lihatlah...

Terpaksa neh... aku pun masuk cepat2 amik 1 helai seluar dan sehelai Tshirt... Huhuhuh.... It cost me rm10 only.... hahahhahhahhhahha

so let me rest.. will write later

Monday, March 22, 2010

Lara!


Hati aku sedang lara.
Jiwa ku tersentap.
Perasaan kecewa.

Inilah perasaan sejak 2-3 hari ni. Aku tak tahu dengan sapa perlu aku luahkan.
Parents: adoi.. aku taknak susahkan hati mereka.
DIA: ni semua kerana dia.
Siblings: Mereka tak perlu tahu.
Kawan: Aku ada kawan tapi kawan untuk luah perasaan takder.

Hidup aku diisi dengan bisnes aku bersama DIA, keluarga dan siblings. Aku dah lama tak hangouts dengan kawan2. Dah bertahun aku rasa. Lagipun istilah kawan karib dah tak wujud dalam sistem hidup aku neh! Adoiya...

Dah takder mood. Nanti la aku sambung!!

Sunday, March 21, 2010

Sikap manusia sekarang!?

Aku & Bisnes
I have quit my jobs (dah higher post) and start the business because..... aku nak tolong orang. Mesti korang kurang faham kan!
Aku ni dalam bisnes kedai makan so niat nak tolong budak2 kampung yang takder education sampai tak boleh nak apply kerja kilang pun. I mean belajar sampai darjah 6, tak habis spm bla bla bla.

Tapi dorang ni banyak masalah that explain why they cant behave... (will elaborate later). Aku akui tak semua yang tak educate ni sebab bodo, malas. Ada jugak yang dulu cerdik tapi keluarga tak mampu.. Kategori ni lain skit, otak dorang ada function dan tahu berfikir dan tahu menilai.

Macam biasa aku ada rules yang aku tentukan seperti punctuality. Ini pun dorang tak boleh nak ikut. tapi omel dan komplen banyak. Bila tak dilayan dorang kata big boss gini la gitu la.

Saturday, March 20, 2010

Tambah tolak Darab Bahagi....


I am stuck with myself. Aku stress dengan staff di kedai aku yang mana melibatkan bakal adik ipar aku yang besar kepala. Aku bagi korang gaji dah uppp in the sky.. korang punya keje pun mestila upp in the sky. Ni tidak, gaji mau lebey keje dok tang tu gak. Kang ada aku starlight kepala kang....  Yang aku sedey even Wiwit (refer to my love) pun takleh nak tegur menatam orang x sedar diri neh.. HuhuhH... Jiwa ku sengsara....

Buku cakap " Happiness is like a butterfly, the more you chase it, the more it will elude you. But if you turn your attention to other things, it will come and sit softly on your shoulder"......
Aku cakap" Aku buat apa yang buat aku happy, bersama dengan orang yng can make me happy, gelak banyak2 walaupun tak happy (nampak cam lakonan kan)... Yang penting orang nampak kita happy and no questions need to be answered...."

Aku rasa macam aku nak cerita pasal kisah kedai aku ni kat korang tapi aku tak tau nak start darimana... Business bagus tapi politik diantara staffs tu yang buat aku rasa macam Adoyaii.. macam nak quit jer....... Dorang ni kuat berlakon... buat2 busy la... buat2 macam ada keje la... Aku ingat kalau sehari aku tadak pakat2 raya hindu depa semua ni. Aku sangat2lah consistent dalam salary day (never late and never short even a single cent). Aku sangat pemurah menentukan tangga gaji budak2 aku ni. Tapi pasaipa depa xleh nak keje macam consistentnya aku ni. Kenapa nak kena keje main2? Kenapa nak kena wayang gambar dulu? Kenapa macam2 hal? Adoihh yaiii.. Buat aku ilang mood jer nih. Nanti la petang karang aku masuk entri lagi... Nak rehat2 minda dan badan dulu.

Masa Terlalu Pantas..

Tup tap tup tap.. aisey dah 20 March 2010.. 1st entri tadi tak perasan la ( ada ka?). Erms... skang ni masih kat umah masih bermalas-malasan. Kat kedai semua budak2 dah ready nak business kot. Eekekekk... lewat la skit ari ni badan kurang enak neh!

Last week aku betul2 bengang tahap gaban ngan tukang masak aku sorang ni. Dah la masak tu kurang sedap kita tegur lagi wat muka tak heran. Last2 selepas bersabar agak lama (dah sebulan sabar - customer complain pun kalau ikut dah boleh buat buku) aku pun sound direct depan muka.. (hahahhaha --= gelak jahat).

Reaksi dia.... Buat Bebai... adoii sakit otak aku. So pagi lepas closing.. aku buat meeting tergempar... so dia bangkitkan soal aku tegur dia dengan cara kasar (cakap kasar). Aku pun pot pet pot pet pot pet.... (panjang2 neh).... Last2 dia kata nak berenti keje. Aku tak kata apa2. Iyakan pun tidak , halang pun tidak....

SElepas 3 hari pengakuan berenti keje.
Dia kata nak keje balik. Hahahha (see.. whos right?? whos wrong??)....So aku paskan masalah ni pada cik abang aku la... Abang aku punya syarat 1. Kena ubah perangai - biar orang boleh tegur 2. No more masak.. (kira turun pangkat la)... 3. Kena hormat aku ngan dia (cik abang)....


Siapa ganti masak?
 Aku ada simpan spare sorang tukang masak yang dijamin lebih sedap dari budak malaun tu. New cooker ni anak didik cik abang aku, so tak banyak beza ngan abang aku la. So.... settle la.......

AKU TEGUR ORANG BILA BUAT SALAH... TAK BUAT SALAH BUAT APA AKU NAK TEGUR... AKU BUKAN GILA NAK TEGUR ORANG SUKA SUKI AKU JER..... hOHo hOHO

Tunggang dan terbalik hidup ini!!

Lagi lagi kes MALAS aku untuk mengarang dalam ni. Aku pun tak pasti samada aku betul2 malas atau aku ni kategori takder masa. Mungkin hidup aku yang tunggang terbalik ni yang membuat kan aku tak cukup masa. Orang lain bekerja siang hari, malam hari tidur tapi aku SIANG = TIDO, MALAM = KERJA....

Kata orang adatla berniaga kedai makan (orang kata!) tapi depa tak paham.. bila masa tido aku disiang hari.. bila masa aku nak gi bank, nak gi shop, nak gi jalan2. Nak gi bank pun takder masa apa lagi nak gi jenjalan.... Huhuhuh....

Tapi yang BEST, meniaga ni tak bosan. Janji kita pandai atur staffs. Aku takyah kejar masa nak pegi kerja maca dulu. Aku tak payah terhegeh-hegeh nak punch card. AKu tak payah tersengih2 mintak maaf kat bos bila lambat. ..... YEzzA...