Monday, April 26, 2010

Hari ni demam. Tekak sakit. Badan sakit.

Time demam cenggini terasa sangat rindu ngan mama. Mama kakak demam ni. Sebenarnya aku dah call mengadu aku demam. Kadang2 gondrong aku cakap aku ni manja sebab dah tua2 pun nak ngadu demam ngan mama. Tapi biar la mama aku sayang aku.

Kadang aku tak paham dengan sesetengan manusia. Masa kecik dulu anak bapak/mak tapi bila dah besar lain plak. Dengan bapak malu ngan mak segan. Dalam keluarga aku takder istilah segan menyegan ni. Aku walaupun dah tua (sikit jer tua), aku masih boleh peluk cium abah ngan mama aku. Kalau balik kampung aku masih boleh letak kepala atas peha abah mama aku. Aku masih boleh salam dan cium abah aku. Langsung aku tak malu eh nak cium abah aku. Depan orang pun aku nak malu apa. Dah dia abah ngan mama aku.

I LOVE MY FAMILY........

Sunday, April 25, 2010


Tadi pegi 1 Utama... niat nak jalan2 sebab bosan. Ku dengan rilex dan gentle nya gi sorang2 layan perasaan. Aku terus menuju ker Popular Bookstore. Dok dalam tu 2 jam. Cari barang untuk projek aku dan beli buku untuk dibaca. So aku tertarik dengan buku Cecelia Ahern. Sebenarnya aku dah ada 3 biji collection buku Cecelia neh. Yang aku beli hari ni yang ke-4. Buku ni la aku beli:


------------------------------------------------------------------
Hati tak tenang, perut yang rasa..

Dah seminggu perut aku memboikot. Tak selesa kata dia. Dia marahkan hati sebab hati selalu tak tenang dan bila hati tak tenang, perut akan rasa akibatnya. Kata perut:

"Woi hati, ko ni cuba gembira skit. Tak kesian kat aku ke.. bodo tul la ko ni... kesian la kat tuan aku ni ha"

Hati ni memang jahat skit> Perut pun tahu camana nak kesian kat aku.. Padia la hati ni bodoh tul la....

Nota kaki: Aku dah masukkan hati aku dalam peti ais beku. Suh dok sana lama2 skit. Padan muka!!

Friday, April 23, 2010

besday abby


Ni adik aku yang nombot 4. Semalam hari jadi dia. Sebenarnya aku terlupa. Dan kerana itu juga aku berterima kasih kepada pesbuk kerana mengingatkan aku. Maka berkejar aku mencari kek pada pukul 8 malam. Dalam kepala aku nak beli Tiramisu Cake dari Secret Recipe. Tapi dah habis so aku beli jer la di King's Confectionery. Nasib baik aku lagi sebab ada disc 20%. Jimt belanja....

Selamat Hari Lahir Abby. Semoga dipermudahkan segala urusanmu. Jangan lupa pada kakak mu ini sudahlah... (Nak cake jugak bulan 6 neh!!)

Inilah kek tiramisu dari King;s. Sedap gak cuma 1kg kecik la skit. (gambar diatas telah dibuat fisheye).........

Happy Birthdays. Love You...

Thursday, April 22, 2010

Semalam aku temankan kawan ke klinik. Tangan dia kena sengat dengan labah2. Dah 3 jam lebih tangan dia masih sakit. Doktor mencocok tangan dia dengan picagari (formal kah aku!) di punggong. Doktor kasi pain killer, ubat bengkak dan ubat sapu. Bayaran cuma RM38. sangat murah dan berbaloi2.
---------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, April 21, 2010

HATI HATI

Otakku sendat. Sendat tapi kosong. Kosong macam tin sardin yang isinya aku dah masak kicap. Kosong macam tin biskut yang tinggal plastik-plastik pembungkus. Banyak benda nak fikir tapi tak tau nak mulakan dengan yang mana.

Hati aku kosong tapi ada isi. Isi tu sangat kaku macam ais ketul dalam fridge. Kaku tu menjadikan hati aku kosong. Tiada pergerakan, tiada tindak balas. Tiada ketawa tapi ada air mata. Airmata yang cair di dalam bukan di mata.

Kadang-kadang aku cuba. Cuba untuk menggerakkan kaku. Kukuis, kejentik, kucubit tapi tetap kaku. Rasa macam nak sepak flying kick jer tapi aku sayangkan kaku itu walaupun dia kaku. Dah lama aku cuba gerakkan kaku tapi kaku tetap kaku di situ. Tinggal cuma aku belum simbah dengan air panas menggelegak dalam cerek elektrik aku jer. Kadang2 juga bila perasaan amarah datang rasa macam nak jer aku letupkan kaku pakai bom buatan sendiri pakai botol kicap. Tapi aku sayangkan kaku.

Perasaan aku marahkan hati. Marahkan hati sebab kenapa sayang sangat kat kaku. Kata aku tu kaku aku biarlah.... Aku tahu perasaan pun marahkan hati sebab sayang sangat kat kaku walaupun dah lama. Kenapa kaku bukan tak boleh dapatkan pengganti kaku. Tapi ini soal aku kata hati.

Otak jugak selalu marahkan hati. Hati kata memang la kalau ikutkan hati tapi hati masih pandai pikir sendiri lagi tak yah guna khidmat otak...

otak diam...
perasaan diam...
kaku tetap kaku...
akhirnya... hati yang merana!!

Hanya satu peneman yang hati yang sanggup merana bersama hati iaitu BAHAN BAKAR!?

Hati tahu bahan bakar tak baik. Otak pun tahu bakar tak elok. Tapi otak juga tahu hanya bakar peneman hati bila hati sakit. Hati pun tahu bakar macam gunting dalam selimut tapi bakar jer yang temankan hati.. Biarlah bakar temankan hati. Nanti bila kaku dah tak kaku lagi hati akan jauhkan bakar... okay!

BIARLAH HATI SENDIRI... BILA HATI DAH TAK TAHAN PANDAI-PANDAILAH HATI NAK BUAT CAMANA!!

Monday, April 19, 2010

INGIN...

Ingin berjalan menuju ke pantai sambil membimbit senaskah buku Soljah.
Di hari yang tenang. Jiwa yang aman. Perasaan yang membara. Hati yang damai.
Di pantai akan aku cari spot yang menarik mungkin dibawah pokok. Mungkin juga di sebuah pondok. Atau di atas batu.
Pastinya aku ingin menikmati hariku ini dengan deru ombak, kicau burung, percikan air, deru angin.
Tidak inginkan secalit gangguan. Biar aku bersama diri aku sendiri. Meneroka hati si penulis. Meneroka hatiku sendiri.
Walaupun kekadang mungkin aku termenung.

TAPI....

KL mana ada pantai.
Mana ada masa.
Masa ada ketenangan.
Mana ada semua tu.

Arghh...... KUSUT jugak akhirnya.....

Hahaha.. berangan aku ni. Tapi betul la masa aku tinggal dengan family (rumah dekat pantai), aku selalu ke pantai. Kadang2 sorang, kadang2 bersama kawan atau adik2. Kalau aku sorang aku akan bawak buku. Tapi di kl semua tu jadi angan2. Mana ada masa dik. Mana nak jaga mata pencarian aku, mana nak buat kerja rumah, mana ada masa. Hehehe.. tapi kalau aku balik kampung nanti. Tunggu lah wahai pantai.... Hehehe... AKU SUKA PANTAI.....
Hujan baru berenti rehat. Terasa segar udara dan nyaman suasana. Mungkin kerana hujan sudah menyapu bersih semua kekotoran yang dibuat di siang hari. Menyapu semua sisa-sisa kejahilan manusia di dada dunia yang semakin banyak usianya. Kata orang sudah akhir zaman.

Setiap hari aku melihat orang. Melihat telatah orang. Melihat suasana orang ramai. (aku kan meniaga makan). Sejak akhir2 ni aku perhatikan banyak manusia yang dilahirkan begini tapi nak jadi begitu. Maksud aku... perempuan bertukar lelaki.. yang lelaki pulak sibuk nak jadi perempuan. Adoyaiii..... bila segroup lelaki yang bertopengkan perempuan ni datang.. hiruk pikuk keadaan sekeliling. Sampaikan staff2 aku (lelaki semua) yang mana hensem2 tu dah tak boleh layan perempuan lain. Diherdiknya si perempuan sedangkan niat si perempuan sekadar ingin berurusniaga. Kalau perempuan yang lawa lalu dijeritnya kuat2 kononya dia lagi cantik. Apa dah jadi dunia skang ni??

Kalau pulak yang perempuan bertopengkan lelaki, dorang ni masih rileks.. tapi aweks aweks dorang ni fuiyooo cantik2 semuanya. Heran jugak aku sebenarnya.. Tapi bagaimana dorang nak ubah fizikal perempuan dorang tu. Kalau yang cutting cun leh tahannya tapi kalau cutting yang tak  leh tahan camana nak jawab. Tomboy yang saiz punggung besar, buah dada besar sapa nak jawab, Sesuai ker nyah!! hahahahhah

Udah la aku mengata dorang ni. Janji dorang dok makan bayar sudahlah..

Aku cuma pemerhati tidak memihak dimana2. Sekadar menjadi orang biasa biasa sahaja. Tidak mahu lebih dan tidak mahukurang.....

Saturday, April 17, 2010

Kering, kontang...... otak aku rasa macam span kena jemur bawah sinar matahari bersuhu 35celcius. Sangat kering. Jari aku pun merangkak-rangkak menekan kibod lappy kerana ketandusan idea di dataran otak kering. Tapi hati memaksa otak untuk berfikir dan jari terpaksa bekerja walaupun kerap jugak tekan baten backspace.

tu jer kot!

Friday, April 16, 2010

luahan....

aku.. tidak punya apa. tidak punya kecantikan, tidak punya keseksian. itu dari fizikalnya.

tapi. aku punya sedikit harta. aku punya sebuah perniagaan kecil (x boleh kasi kaya pun). aku punya keinginan.

namun. aku belum punya suami. apa tu suami?

kekasih? (kalau ada yang bertanya). ada ... aku ada kekasih. tapi dia ada dalam hari2ku tapi tak ada dalam hidupku.

Oooh.. aku punya keluarga yang aku cintai dan mencintai aku. aku punya siblings yang juga dicintai dan mencintai.

Suami? (semua bertanya!) bagaimana harus aku jawab!!

hari2 aku diisi dengan berjalan2 di daerah2 asing sambil ditemani sahabat tikusku yang kadang2 idup kadang2 mati. mungkin ekornya longgar. aku ingin mencari tikus yang tiada ekor tapi takut tikusku sekarang cemburu. biarlah tunggu dia betul2 mati baru aku cari.

aktivit harian aku ditemani oleh bisnesku yang kecil, komputer riba (aku tak riba tapi letak atas tilam), ipod ku sekadar menghiasi gadget, sony ericson ku... jarang kedengaran suara, broadband yang kadang dah jadi beruk band.

perjalanan ku ditemani sang wira yang semakin hari semakin uzur tapi masih kuat membawa aku yang berat.

kuteruskan jua..........

terkesima...

sedang aku berblogwalking... aku sedang berjalan2 di daerah sinaganaga... berjalan sambil membaca sikit lagi nak tersadung nasib tak tertumus (dialek budu). Terkedek aku berjalan bersama teman tikus aku lalu aku terpandang lorong lain dengan nama gelembai. Insan gelembai yang pernah aku kenal. Insan yang pernah aku panggil bos. Diakah? .................. Yes.. betulla. Terkesima aku seketika kerana aku tidak pernah tahu dan menahu yang dia menulis. Dan aku tertarik seketika untuk membaca penulisannya. Bijak!

Kesempatan ini aku mengambil sedikit kesempatan yang tak menyempat2 untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada en. gelembai. Kerana sepanjang aku dibawah jajahannya dulu dia sangat baik dan memahami. Bukan seperti sesetengah jajahan yang ketuanya macam pembunuh upahan. Sikit2 nak bunuh. Sikit2 nak tikam. En Gelembai salah satunya ketua jajahan yang paling best untuk hidup dijajahannya. Keselamatan penduduk amat dititik beratkan oleh en gelembai. Terima kasih lagi sekali. Jika ada peluang untuk kembali bermastautin di jajahan beliau ingin sekali aku grab peluang itu kerana aku tahu keselesaan hati, jiwa dan perjalanan kerja yang teratur jika berada dijajahan nya itu.

Terima kasih sekali lagi........

Thursday, April 15, 2010

Dulu & Sekarang Juga Kawan

Dulu & Kawan.
Dulu aku perlukan kawan.
Dulu aku dambakan kawan.
Dulu hidup aku dikelilingi kawan2.
Dulu hidup aku kosong tanpa kawan.

Sekarang & Kawan.
Sekarang aku tiada kawan.
Sekarang aku tidak perlukan kawan.
Sekarang aku tidak dambakan kehadiran seorang kawan.
Sekarang hidup aku terisi juga tanpa kawan.

Bukannya aku hidup menongkat langit bila aku katakan aku tak perlukan kawan2. Cuma 2-3 tahun kebelakangan ini kawan2 tidak wujud dalam hidup aku. Teman2 lama masih ada dalam fesbuk aku. Teman skolah, teman masa zaman mengelek buku. Tapi teman2 ini sekadar berborak di fesbuk. Tanpa pertemuan, tanpa suara tanpa kehadiran biarlah ia kekal sebagai teman sekadar mengisi ruang2 di fesbuk itu.

Maksud. Aku tak perlukan kawan2 untuk temankan aku kesana sini. Aku tidak perlukan kawan untuk temankan aku ke pesta buku. Aku tidak perlukan kawan untuk teman aku ke shopping. Semua aku boleh lakukan sendiri.
 Dulu semua yang diatas tak mampu aku lakukan tanpa hadir kawan.

Sebab. Mungkin hidup aku sekadar cukup dengan kehadiran si gondrong seorang. Si gondrong aku  mengisi kekosongan hati dan hidup aku. Namun aku masih tidak perlukan dia untuk menemani aku. Si gondrong sudah mencukupi.

Lain sebab. Aku sesak. Sesak dengan persoalan2 yang akan ditanya oleh kawan2 jika mereka ada. Aku mungkin tak mampu atau x mahu atau merasa tidak perlu menjawab soalan2 itu. Contoh soalan:

- Ko macam mana?
- Kenapa tak kawin lagi?
- Ko buat apa?
atau
- Cantik tak baju ni kalau aku beli?
- Merah ker biru?
- Nampak gemuk ker baju ni?

Rimas la. Sebab mereka mungkin peduli dengan pandangan orang sekeliling. Tapi aku....."Ada aku kisah"...
Aku x kisah sebab aku tak beli pakai duit korang, aku tak hidup atas jasa korang, aku tak ada meminta dengan korang..........

Biarlah aku dengan hidup aku.

Nota kaki: Kepada mereka yang mengenali dan pernah menjadi kawan. Aku berterima kasih kerana pernah menjadi kawan. Aku ingat korang selalu.

Tuesday, April 6, 2010

Egokah Mereka? Kita? Dia?

Dah banyak hari tak menulis dalam blog aku ni. Kepada yang sudi membaca terima kasih. Terpanggil aku hari ni kerana ada agak terkejut dengan apa yang berlaku hari ini! 


On the way balik dari pasar, aku ternampak ada satu kemalangan motosikal. Nampak seorang budak perempuan terbaring. Aku pun berhenti atas dasar kemanusiaan. (Masa ni kereta aku full dengan stock kedai utk 2 hari). Time aku berenti ada sebijik mpv dan bas rapid kl berhenti. Mungkin sekadar nak tengok @ nak amik no plat (beli no kot) @ keprihatinan dan kemanusiaan @ saja berenti sebab ramai orang berhenti. 


Pemilik mpv ni seorang chinese women. Temubual seorang insan (naik motor jer dia ni) dengan chinese lan*** begini?


Insan: Auntie, boleh tolong antar budak ni ke klinik?
Auntie: Er.. er.. er...
(terhenti perbualan sesaat dua)
Insan: Boleh ker auntie?
Auntie: Kereta saya .... tak bleh.. tak bleh... (aku dalam hati: berenti buat apa kalau taknak tolong BODOH!)
Insan: Tak apala...


Macam ni ker manusia zaman skang ni? Sayang keta dari nyawa manusia lain???


Aku: Keta saya bleh kalau nak antar dia gi klinik? (suh laki aku jalan kaki neh)
Insan: Terima kasih kak... (dia angkat budak perempuan tu)
Aku: Jom.... (squeeze semua barang-barang aku)


Aku masih heran dan ajaib. Mana perikemanusiaan. Semua orang sekadar melihat tapi cuma 2insan  membantu. Kat sana ada dekat 15 orang. Even litrak ronda pun x nak tolong. Kata mereka x bleh keluar kawasan. Apa kejadah semua ni. Orang accident pun nak ikut law ker? Aiyak!! Betul ker litrak ada undang2 begini?? Undang2 apa macam ni? 


Sah semua orang dah bukan orang!! Hanya beberapa kerap yang betul2 jadi orang. Susah sangat ker kita nak tolong orang lain. Mungkin skang ni masa mereka, masa kita tak tau lagi? Apa perasaan kita kalau kita yang terbaring dan takder yang membantu? Adoi....


Dunia... dunia... penuh dengan wayangg gambar...


Aku x paham... dan saat aku menulis ni pun aku masih x paham....


Nota kaki: Syukur kepada Allah SWT sebab masih kuatkan hati aku dengan kemanusiaan dan keinsanan.